Kok Song dekati masyarakat dengan mesej jelas, tidak terkait dengan mana-mana parti
Premium
Kok Song dekati masyarakat dengan mesej jelas, tidak terkait dengan mana-mana parti
Tiga calon Pilihan Raya Presiden 2023 telah membuat pengisytiharan bahawa mereka memahami peranan Presiden di bawah perlembagaan. Koresponden SITI AISYAH NORDIN meninjau tumpuan serta penekanan calon berbeza dalam kempen yang kini di pertengahan jalan.
Aug 27, 2023 | 5:30 AM
PERGIAT KEMPEN: Encik Ng Kok Song aktif mempromosikan mesejnya melalui kunjungan ke beberapa kawasan sekitar Singapura untuk mendekati penduduk, namun pengamat berkata tempoh kempen singkat mungkin tidak mencukupi untuk orang ramai benar-benar mengenali keperibadian beliau untuk menarik undian. - Foto ST
Tempat pertama yang dituju Encik Ng Kok Song selepas diumum sebagai calon bagi Pilihan Raya Presiden 2023 adalah ke Blok 475A Upper Serangoon Crescent, yang sebelum ini dikenali sebagai Kangkar.
Ini merupakan kampungnya – tempat beliau dan 10 adik-beradiknya membesar dalam keadaan serba miskin – dan kunjungan itu menekankan lagi strateginya mempamerkan imej sebagai calon presiden yang “dekat” dengan rakyat.
Laporan berkaitan
Tiga calon Presiden bentang rancangan dalam siaran pertama TV, radioAug 24, 2023 | 6:53 PM
Janji bekerja dengan pemerintah secara membangun, tidak berpihak: Kok SongAug 24, 2023 | 5:54 PM

