Kisah 'syarikat insurans minta pesakit tanggung bil' raih anugerah berita terbaik
Premium
Kisah 'syarikat insurans minta pesakit tanggung bil' raih anugerah berita terbaik
Mar 14, 2019 | 5:30 AM
WARTAWAN DIIKTIRAF: (Dari kiri) Encik David Sun daripada The New Paper dinobat Wartawan Muda Terbaik; Cik Salma Khalik menerima anugerah Laporan Terbaik; dan jurugambar Encik Kevin Lim dari The Straits Times pula menerima Anugerah Wartawan Terbaik di Anugerah Tahunan Kumpulan Media Inggeris, Melayu, Tamil (EMTM) SPH semalam.- Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -
LAPORAN koresponden kanan kesihatan, Cik Salma Khalik, daripada akhbar The Straits Times mengenai insurans kesihatan muncul sebagai laporan terbaik dalam anugerah tahunan Singapore Press Holdings (SPH) semalam.
Bertajuk Insurers want all patients to pay part of hospital bills, laporan tersebut meraih anugerah itu di Anugerah Tahunan Kumpulan Media Inggeris, Melayu, Tamil (EMTM) 2018.

