SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kira-kira 33% kes rogol, cabul kehormatan berlaku di premis kediaman

Kira-kira 33% kes rogol, cabul kehormatan berlaku di premis kediaman

Apr 8, 2026 | 5:37 PM

Kira-kira 33% kes rogol, cabul kehormatan berlaku di premis kediaman

Singapora, Parliament, Parlimen, kes rogol, rape, molest
Kes mencabul kehormatan telah meningkat daripada 1,427 pada 2024 kepada 1,531 pada 2025. Dalam pada itu, kes rogol turut meningkat dalam tempoh yang sama – daripada 401 kepada 479. - Foto fail

Sekitar 33 peratus kes rogol dan cabul kehormatan pada 2025 berlaku di rumah kediaman, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Goh Pei Ming.

Sementara itu, 18 peratus kes berlaku di premis komersial, dan 3 peratus di institusi pendidikan.

Berkongsi data, Encik Goh berkata kes cabul kehormatan meningkat daripada 1,427 pada 2024 kepada 1,531 pada 2025.

Kes rogol juga meningkat dalam tempoh yang sama – daripada 401 kepada 479.

“Majoriti kes rogol dan lebih separuh daripada kes mencabul kehormatan melibatkan pesalah yang dikenali oleh mangsa.

“Peratusan kes rogol dan mencabul kehormatan yang melibatkan pesalah yang dikenali mangsa kekal stabil sejak lima tahun yang lalu,” kata beliau.

Encik Goh menjawab soalan Cik Gho Sze Kee (Mountbatten) di Parlimen pada 8 April.

Cik Gho telah bertanya sama ada peningkatan jenayah sedemikian pada 2025 didorong terutamanya oleh pesalah yang dikenali mangsa, dan sama ada lebih banyak usaha boleh dilakukan dalam persekitaran domestik, tempat kerja atau pendidikan untuk mencegah jenayah tersebut.

Encik Goh berkata pemerintah memandang serius semua kesalahan seksual, dan kementerian-kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mencegah jenayah, menggalak pelaporan, serta meningkatkan sokongan mangsa, tanpa mengira lokasi kejadian.

“Sebagai contoh, dalam persekitaran pendidikan, pelajar diajar untuk melaporkan kebimbangan mereka dan mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai.

“Dalam persekitaran domestik, agensi pakar seperti Pusat Pakar Perlindungan dan Pusat Pakar Perlindungan Kanak-Kanak menyediakan sokongan sosial dan emosi kepada mangsa keganasan dalaman dan luaran keluarga, termasuk keganasan seksual.

“Pihak polis pula menyediakan perkhidmatan penjagaan mangsa semasa menjalankan siasatan terhadap kesalahan seksual,” kata beliau.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg