Premium
Khidmat LRT Bukit Panjang lebih baik, lancar mulai 2022
Mar 8, 2018 | 5:30 AM
TERLIBAT DALAM PROJEK PEMBAHARUAN: Pemerintah memberikan perincian mengenai projek pembaharuan bernilai sekitar $344 juta bagi sistem LRT Bukit Panjang berusia 19 tahun itu. - Foto fail -
PENUMPANG yang menggunakan sistem LRT Bukit Panjang (BPLRT) boleh menjangkakan perjalanan yang lebih baik dan lancar mulai 2022 apabila sebahagian besar kerja pembaikan laluan itu selesai dijalankan.
Pemerintah semalam memberikan perincian mengenai projek pembaharuan bernilai sekitar $344 juta bagi sistem LRT berusia 19 tahun itu.

