Topic followed successfully
Go to BHkuKhidmat laluan CCL disambung lebih awal, operasi hujung minggu dipendekkan
Khidmat laluan CCL disambung lebih awal, operasi hujung minggu dipendekkan
Pemendekan operasi dari 11 Apr hingga 17 Mei diperlukan untuk ujian sistem jelang pembukaan
Khidmat laluan CCL disambung lebih awal, operasi hujung minggu dipendekkan
Perkhidmatan MRT di Laluan Circle (CCL) akan berkhidmat semula pada 10 April, lebih awal daripada jadual asal 19 April, apabila kerja pengukuhan terowong dijangka siap lebih cepat.
Namun, mulai 11 April, waktu operasi hujung minggu akan dipendekkan selama lebih sebulan bagi tujuan ujian menjelang pembukaan peringkat akhir CCL.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada 26 Mac kerja pengukuhan terowong antara Mountbatten, Dakota dan Paya Lebar akan siap lebih awal kerana pasukan semakin mahir dengan proses kerja rumit.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, berkata di stesen MRT Dakota kerja itu berjalan lancar, membolehkan perkhidmatan bermula lebih awal.
Perkhidmatan empat bas ulang-alik waktu sesak akan berterusan dengan kekerapan dikurangkan dari 10 hingga 13 April sebelum dihentikan.
Ujian gabungan sistem terakhir akan dimulakan menjelang pembukaan Peringkat 6 CCL pada pertengahan 2026, yang melengkapkan sambungan antara stesen HarbourFront dan Marina Bay.
Sepanjang 11 April hingga 17 Mei, perkhidmatan tren di seluruh laluan CCL akan tamat pada 11 malam setiap Sabtu dan bermula pada 9 pagi setiap Ahad.
Menurut SMRT, tren terakhir dari Dhoby Ghaut kini berlepas pada 11.35 malam Sabtu, manakala tren pertama berlepas pada jam 6.07 pagi setiap Ahad.
Dari stesen HarbourFront, tren terakhir berlepas pada jam 11.18 malam setiap Sabtu, manakala tren pertama bermula pada jam 5.47 pagi setiap Ahad.
Bas ulang-alik disediakan pada Ahad dari 5 hingga 9 pagi.
Bas 36 akan berkhidmat antara HarbourFront dan Bishan pada setiap tujuh hingga 10 minit, manakala Bas 37 berkhidmat antara Bishan dan Promenade setiap tiga hingga lima minit.
Tambang bas ulang-alik sama seperti MRT, menurut LTA, dengan tambahan masa perjalanan sehingga 30 minit.
LTA berkata pelarasan tersebut perlu bagi membolehkan ujian sistem dijalankan secara selamat.
Sejak 17 Januari, kerja pengukuhan terowong memanjangkan masa menunggu tren di CCL.
Tren kini beroperasi di satu platform setiap 10 minit antara Mountbatten, Dakota dan Paya Lebar, berbanding kekerapan biasa tiga minit.
Kerja pengukuhan dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan tanah dan kebocoran air.

