Premium
Khidmat kiriman makanan ke serata pulau kian diperlukan
Apr 9, 2020 | 5:30 AM
KHIDMAT KE SERATA PULAU: Restoran Hajjah Maimunah merupakan antara syarikat yang memanfaatkan khidmat tempahan Oddle bagi memenuhi pesanan makanan ke serata pulau. - Foto ODDLE -
MENYUSULI pengumuman pemerintah melaksanakan langkah 'pemutus litar' bagi membendung penularan wabak Covid-19, platform dalam talian yang menyediakan khidmat logistik dan penghantaran Oddle menyaksikan kenaikan daripada segi jumlah syarikat makanan dan minuman yang ingin memanfaatkan khidmat mereka.
Pengurus akaun Oddle, Cik Nur Atiqahafifi Mohammad Said, 29 tahun, berkata pihaknya menyaksikan lonjakan 20 kali lebih tinggi dalam jumlah syarikat yang mendapatkan khidmatnya berbanding tempoh sebelum Covid-19.

