Dr Tan Sye Nee: Pruritus Berkaitan Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD-aP) atau Chronic Kidney Disease-associated Pruritus (CKD-aP) adalah gatal kronik yang menyeksakan dan kerap dialami pesakit ginjal tahap lanjut, terutama mereka yang menjalani dialisis.
Pesakit menggambarkannya sebagai rasa gatal yang datang dari dalam tubuh dan ada yang menyamakannya seperti gigitan serangga, rasa terbakar atau seperti semut merayap di bawah kulit.
Menggaru tidak membantu, malah boleh memburukkan keadaan, menyebabkan kerosakan kulit dan jangkitan.
Bagi ramai pesakit, ia menjadi seksaan harian yang menjejas mutu tidur, emosi dan mutu hidup.
Dr Tan: Ramai yang menyangka gatal adalah gejala biasa dalam penyakit ginjal dan harus dibiarkan begitu sahaja.
Akibatnya, ramai pesakit tidak melaporkannya, kerana menyangka ia tiada kaitan dengan buah pinggang.
Malangnya, ada juga dalam kalangan pengamal kesihatan yang terlepas pandang kerana kulit pesakit sering kelihatan normal.
Hakikatnya, CKD-aP ialah keadaan perubatan yang diakui secara klinikal dan perlu dirawat.
Profesor Madya Adjung, Derrick Aw Chen Wee: Ramai pesakit tidak memberitahu doktor mengenai ginjal mereka kerana menyangka doktor tersebut tidak merawat masalah kulit seperti gatal!
Dr Tan: Kajian menunjukkan hampir 4 daripada 10 pesakit dialisis mengalami gatal sederhana hingga teruk.
Di kebanyakan unit dialisis, ramai pesakit mungkin menderita dalam diam.
Walaupun kadar kelazimannya tinggi, CKD-aP kerap tidak dilaporkan dan tidak dirawat secukupnya.
Dr Tan: Punca tepatnya tidak diketahui, tetapi dipercayai melibatkan gabungan beberapa faktor seperti, pengumpulan toksin, keradangan, ketidakseimbangan kalsium dan fosfat, kulit kering, serta gangguan pada isyarat saraf.
Ia tidak semestinya tanda dialisis gagal, tetapi rawatan dialisis yang tidak mencukupi dan penyakit tulang metabolik yang tidak terkawal boleh menjadi penyumbang CKD-aP.
Oleh itu penambahbaikan rawatan dialisis dan pembetulan ketidakseimbangan metabolik amat penting.
Dr Tan: Diagnosis CKD-aP dibuat secara klinikal dengan menilai gejala pesakit serta menolak punca gatal lain seperti ekzema, penyakit hati atau alahan.
Sehingga kini, tiada ujian darah atau biopsi khusus yang boleh mengesahkan CKD-aP.
Rujukan kepada pakar dermatologi mungkin diperlukan jika terdapat ruam atau punca gatal yang tidak jelas, namun kebanyakan pesakit mempunyai kulit yang kelihatan normal.
Oleh itu, doktor perlu bertanya secara proaktif kerana ramai pesakit tidak akan melaporkannya.
Dr Tan: Gatal yang tidak dikawal boleh menyebabkan gangguan tidur, kemurungan, kebimbangan, jangkitan kulit serta gangguan dalam hubungan sosial atau seksual.
Malah ada pesakit yang sanggup memendekkan atau menghentikan sesi dialisis kerana rasa gatal yang tidak tertanggung.
Pengesanan dan rawatan awal dapat memperbaiki mutu hidup secara drastik.
Dr Derrick: Malah, menggaru secara berterusan boleh mencetuskan ekzema baru iaitu kulit menjadi merah, bersisik dan mengalami keradangan berpanjangan.
Dr Tan: Gatal sering dirasai secara berterusan, menyeluruh dan biasanya lebih teruk pada waktu malam.
Bahagian belakang, lengan, kulit kepala dan dada sering terlibat.
Ia sering bersifat simetri dan kadangkala tidak menampakkan kesan fizikal.
Meskipun kulit kelihatan normal, kesannya amat nyata.
Pesakit mungkin menggaru hingga kulit berdarah, timbul luka terbuka, dan mudah dijangkiti.
Dari segi emosi, CKD-aP boleh menyebabkan rasa kecewa, sukar tidur, mudah marah dan kemurungan.
Dr Derrick: Ramai pesakit mencuba pelembap yang berguna jika kulit kering tetapi hanya berkesan untuk gejala ringan.
Antihistamin sering diberikan, namun ia tidak merawat punca sebenar gatal.
Sesetengah pihak beranggapan kesan mengantuk ubat itu mampu ‘menidurkan’ gatal, tetapi hakikatnya ramai pesakit mudah terjaga lalu kembali menggaru tanpa henti.
Fototerapi boleh memberi kelegaan kepada sebahagian pesakit, namun ia menuntut komitmen untuk hadir ke hospital dua hingga tiga kali seminggu dan menjalani sesi rawatan dalam ruang khas yang tertutup.
Rawatan oral seperti gabapentin terbukti dapat mengurangkan gatal, namun kesan sampingannya termasuk rasa mengantuk.
Kini terdapat pilihan lebih baru dan khusus iaitu difelikefalin, yang telah diluluskan untuk CKD-aP dan diberikan melalui suntikan ke dalam salur darah semasa sesi dialisis.
Dr Tan:
+ Gunakan pelembap tanpa pewangi secara tekal, terutama selepas mandi.
+ Elak mandi air panas dan sabun yang keras.
+ Pastikan kuku sentiasa pendek.
+ Pakai pakaian longgar dan sejuk.
+ Berbincang secara terbuka dengan pasukan penjagaan rawatan.
Dr Derrick: Beberapa pelembap mengandungi mentol dalam dos kecil boleh memberikan kelegaan sementara.
Dr Tan: Jangan abaikan atau pendamkan sahaja.
Gatal bukan sekadar ‘sebahagian’ daripada penyakit buah pinggang.
Jika ia mengganggu tidur atau kehidupan harian, ia perlu dirawat.
Maklumkan kepada pasukan perubatan.
Anda tidak bersendirian. Ramai pesakit lain alami perkara serupa
Mulakan perbualan dengan berkata: “Saya sudah lama berasa gatal yang teruk, ia menjejas tidur dan keselesaan saya.
“Adakah ia berkaitan dengan penyakit buah pinggang saya?”
Ini membuka ruang untuk penilaian dan rawatan. Pasukan kesihatan kini lebih peka terhadap CKD-aP dan bersama-sama, kita boleh cari penyelesaian.
Selama bertahun-tahun, Cik Aisha menjalani hemodialisis secara berkala sambil berdepan rasa gatal yang berpanjangan, sehingga menjejas tidur dan kehidupan hariannya.
Walaupun sudah mencuba langkah bukan ubat seperti melembapkan kulit dan mengelak mandi air panas, masalahnya tetap berterusan.
Ubat terdahulu pula memberi kesan sampingan seperti rasa mengantuk.
Setelah berbincang dengan pasukan penjagaan, beliau mencuba rawatan baru yang kini diberikan semasa sesi dialisis.
“Aisha akhirnya dapat tidur nyenyak buat kali pertama dalam beberapa bulan,” kata pasukannya.
“Kini, beliau menjalani hari-harinya tanpa gangguan gatal yang menyeksakan.”
Kisah Cik Aisha membuktikan bahawa CKD-aP bukan sekadar rasa gatal biasa, tetapi satu keadaan perubatan yang nyata dan boleh dirawat.
Dengan rawatan yang tepat, pesakit berpeluang menikmati kehidupan lebih selesa dan bermakna.
Penulis Profesor Madya Adjung Derrick Aw Chen Wee, Perunding Kanan, Perkhidmatan Dermatologi, Hospital Besar Sengkang dan Dr Tan Sye Nee, Perunding Madya, Jabatan Perubatan Buah Pinggang, Hospital Besar Sengkang


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg