Topik diikuti
Pergi ke BHkuKesan serangan siber
Mindef dedah butir peribadi 850 askar, staf dicuri
Kesan serangan siber
MAKLUMAT peribadi milik sekitar 850 askar dan kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) dicuri daripada I-net - sistem Internet Mindef - dalam serangan siber yang dianggap "khusus" dan "dirancang rapi".
Menurut Mindef, serangan yang dikesan awal Februari itu mungkin "sebenarnya bertujuan" mencerobohi rahsia rasmi, tetapi ia dipatahkan kerana I-net dipisahkan secara fizikal daripada sistem dalamannya.
