SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kertas undi Pilihan Raya Presiden 2023 dimusnah

Kertas undi Pilihan Raya Presiden 2023 dimusnah

Mar 2, 2024 | 1:57 PM

Kertas undi Pilihan Raya Presiden 2023 dimusnah

Pada 2 Mac, kotak-kotak yang tertutup mengandungi kertas-kertas undi dan dokumen lain telah dipindahkan pada sebelah pagi dari Mahkamah Tinggi ke Loji Pembakaran Tuas Selatan untuk dimusnahkan.
Pada 2 Mac, kotak-kotak yang tertutup mengandungi kertas-kertas undi dan dokumen lain telah dipindahkan pada sebelah pagi dari Mahkamah Tinggi ke Loji Pembakaran Tuas Selatan untuk dimusnahkan. - Foto LIANHE ZAOBAO

Lebih 2.5 juta kertas undi dan dokumen lain yang digunakan dalam Pilihan Raya Presiden 2023 telah dimusnahkan, sebagai sebahagian daripada proses bagi memastikan kerahsiaan undi.

Pada 2 Mac, kotak-kotak yang tertutup mengandungi kertas-kertas undi dan dokumen lain telah dipindahkan pada sebelah pagi dari Mahkamah Tinggi ke Loji Pembakaran Tuas Selatan untuk dimusnahkan.

Presiden Tharman Shanmugaratnam dan calon-calon lain tidak berada di sana untuk menyaksikan proses tersebut – seperti yang dibenarkan Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Pilihan Raya Presiden 2023 telah berlangsung pada 1 September 2023 dan melibatkan tiga calon.

Lebih 2.5 juta warga Singapura telah keluar mengundi pada 1 September lalu untuk memilih Presiden baru Singapura.

Presiden Tharman Shanmugaratnam menang pilihan raya tersebut dengan 70.41 peratus undi.

Calon lain, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian masing-masing menerima 15.72 peratus dan 13.87 peratus undi.

Terdapat 2,480,760 undi yang dibuang, dengan 50,152 undi ditolak.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg