SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kenderaan meriam air baru diperkenal, perkukuh operasi kawalan rusuhan

Kenderaan meriam air baru diperkenal, perkukuh operasi kawalan rusuhan

Serangan taktikal generasi baru turut diperkenal bagi kegunaan Pasukan Operasi Khas polis
Mar 29, 2026 | 4:31 PM

Kenderaan meriam air baru diperkenal, perkukuh operasi kawalan rusuhan

tsv, soc
Kenderaan Serangan Taktikal (TSV) Sistem Kawalan Rusuhan (kiri) dan kenderaan meriam air generasi baru melengkapi barisan kenderaan Pasukan Operasi Khas (SOC) polis. - Foto ST

Polis rusuhan Singapura kini mempunyai sebuah kenderaan meriam air baru yang dilengkapi kamera untuk menyuraikan orang ramai semasa kejadian yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti rusuhan berlaku.

Ia antara dua kenderaan baru yang telah ditambah kepada barisan kenderaan yang digunakan Pasukan Operasi Khas (SOC) polis.

Kenderaan meriam air generasi baru itu menggantikan kenderaan lama yang telah digunakan sejak 20 tahun lalu.

Diperkenalkan pada Disember 2025, versi terbaru itu dilengkapi ciri tercanggih seperti kamera yang boleh menentukan sasaran sendiri, membolehkan pengendali mengenal pasti sasaran lebih tepat.

Pengendali kenderaan kini mempunyai pandangan 360 darjah melalui penggunaan kamera dan alat sensor terkini.

Memandangkan kejadian mengganggu ketenteraman awam boleh berlarutan selama berjam-jam, sistem bantuan pemandu lanjutan (Adas) dilengkapi pemantau yang menjejak tahap kewaspadaan pemandu.

Jika pemandu tidak aktif untuk tempoh tertentu, sistem akan memberi amaran dan menimbulkan mesej tertentu.

Sistem Adas itu turut dilengkapi ciri keselamatan seperti pengesanan sudut terlindung, amaran risiko pelanggaran dan amaran penyimpangan lorong.

Rusuhan di Little India pada 8 Disember 2013 merupakan rusuhan paling buruk di Singapura sejak rusuhan kaum pada 1960-an.

Seramai 62 orang cedera, termasuk 37 pegawai polis dan 12 anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Pada 27 Mac, media setempat dijemput menyaksikan demonstrasi kenderaan meriam air baru dan kenderaan serangan taktikal terkini di Pusat Taktikal Pasukan Home Team (HTTC) di Mandai.

Kenderaan Serangan Taktikal (TSV) Sistem Kawalan Rusuhan merupakan peningkatan daripada kenderaan berperisai yang diperkenalkan pada 2023.

Diperkenalkan pada Mac, TSV terkini mampu bergerak menembusi kawasan rusuhan atau gangguan.

Selain perisai pelindung dan jaring, kenderaan itu dilengkapi sistem kawalan rusuhan termasuk peranti akustik jarak jauh yang mampu menyuraikan orang ramai serta sepasang pelancar grenad yang tidak menyebabkan maut.

Ini membolehkan pegawai menangani sasaran dari jarak selamat, mengurangkan risiko kecederaan.

Kenderaan turut dilengkapi penolak penghadang di bahagian hadapan, yang boleh dipanjangkan untuk menolak halangan, membolehkan polis dan pasukan kecemasan sampai kepada mangsa dengan lebih cepat.

Superintenden Polis Mohamed Adnan Mohamed Akbar, yang merupakan ketua operasi SOC, berkata:

“TSV yang dipertingkat dan kenderaan meriam air generasi baru merupakan satu lonjakan dalam memperkasa keupayaan operasi polis.

“Gabungan teknologi canggih dalam platform lebih besar ini memastikan tindak balas pantas dan berkesan terhadap sebarang kejadian yang boleh menggugat ketenteraman atau keselamatan awam.”

“TSV (Kenderaan Serangan Taktikal) yang dipertingkat dan kenderaan meriam air generasi baru merupakan satu lonjakan dalam memperkasa keupayaan operasi polis. Gabungan teknologi canggih dalam platform lebih besar ini memastikan tindak balas pantas dan berkesan terhadap sebarang kejadian yang boleh menggugat ketenteraman atau keselamatan awam.”
Superintenden Polis Mohamed Adnan Mohamed Akbar.
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg