Tanpa penyaluran, ada masalah kadar keciciran pelajar yang tinggi: Ye Kung
Premium
Tanpa penyaluran, ada masalah kadar keciciran pelajar yang tinggi: Ye Kung
Mar 6, 2019 | 5:30 AM
"Kami amat prihatin terhadap jumlah keciciran pelajar yang tinggi, yang tidak boleh membaca atau menulis apabila tamat sekolah rendah. Kami perlu beralih daripada satu sistem pendidikan yang sesuai untuk semua kerana jika seorang pelajar tidak boleh memahami dan tidak boleh mengikuti pelajaran, mereka akan hilang minat dan akan keciciran." - Menteri Pendikan, Encik Ong Ye Kung, mengenai antara sebab utama penyaluran diperkenal 40 tahun lalu. -
ADA keprihatinan tentang aliran Normal dan kesan sampingan negatif yang berkaitan dengannya, tetapi tanpa penyaluran pelajar atau 'streaming', stratifikasi sosial mungkin lebih teruk, tekan Menteri Pendikan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen semalam.
Menjelaskan semasa perbahasan belanjawan Kementerian Pendidikan (MOE), beliau berkata pengenalan aliran Normal (Teknikal) telah membantu mengurangkan kadar keciciran di sekolah.

