SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kematian Sekolah Tinggi River Valley : Siasatan awal tunjuk kapak mungkin dibeli dalam talian, kata Shanmugam

Kematian Sekolah Tinggi River Valley : Siasatan awal tunjuk kapak mungkin dibeli dalam talian, kata Shanmugam

Jul 20, 2021 | 3:19 PM

Kematian Sekolah Tinggi River Valley : Siasatan awal tunjuk kapak mungkin dibeli dalam talian, kata Shanmugam

Polis telah berkata pada Isnin (19 Julai) bahawa sebilah kapak telah dirampas dari sekolah.
Polis telah berkata pada Isnin (19 Julai) bahawa sebilah kapak telah dirampas dari sekolah. - ST FILE

Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam menyifatkan kejadian pelajar 16 tahun didakwa membunuh rakan pelajar 13 tahun, sebagai 'antara perkara paling buruk boleh berlaku kepada ibu bapa'.

Seorang pelajar 16 tahun dari Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) telah didakwa atas tuduhan membunuh seorang rakan pelajar berusia 13 tahun, di sebuah mahkamah distrik pada pagi Selasa (20 Julai).

Tertuduh tidak boleh dinamakan kerana dia berusia di bawah 18 tahun.

Pelajar itu telah hadir di mahkamah menerusi video untuk berdepan dengan satu tuduhan membunuh mangsa 13 tahun di tandas tingkat empat di sekolah, di antara 11.16 pagi dengan 11.44 pagi pada Isnin (19 Julai).

Encik Shanmugam menulis di Facebook:

"Ia amat mengejutkan kerana keselamatan diandaikan dan biasanya (di Singapura) dijamin."

Tambahnya, siasatan awal menunjukkan mungkin remaja lelaki itu telah membeli kapak yang dirampas polis, secara dalam talian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg