KEM Kewartawanan Kelab Obor, Kelab Media Berita Harian, telah diadakan sejak pelancaran akhbar GenG.

Sejak itu, ia telah menjadi wadah ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah berjinak-jinak serta mengenali dunia kewartawanan.

Malah beberapa bekas peserta kem tersebut kini merupakan wartawan sepenuh masa di BH.

Kem ini terpaksa ditiadakan semasa pandemik Covid-19, namun dengan Singapura beralih ke fasa endemik, nantikan kembalinya Kem Obor tidak lama lagi.