Premium
Keluarga perlu sokongan, bukan dipinggirkan
Apr 7, 2019 | 5:30 AM
PERLU SOKONGAN: Dr Radiah akur bahawa faktor agama memainkan peranan mencegah kejadian bunuh diri, namun berkata bahawa faktor ini juga boleh menyebabkan segolongan orang Islam untuk pandang rendah kepada mereka yang bunuh diri. - Foto fail -
KEJADIAN bunuh diri meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga dan sahabat-handai yang kehilangan orang tersayang, dan masyarakat Melayu/Islam perlu memberi lebih sokongan kepada golongan ini, bukan meminggirkan mereka.
Demikian ditekankan presiden pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) Kelab Heal, Dr Radiah Salim, yang berkongsi tentang kejadian bunuh diri yang berlaku khususnya, di kalangan mereka yang mengalami keadaan mental.

