Premium
Kedai kopi 'mesra pesakit demensia' di Bishan
Oct 8, 2017 | 5:30 AM

PEGERAI DIPESAN AGAR LEBIH MEMAHAMI: Senarai perkara yang harus dititikberatkan pegerai apabila berdepan dengan pelanggan yang kemungkinan besar menghidap demensia kini terpampang di setiap gerai Pusat Makanan Kim San Leng sekitar Bishan Street 13. - Foto LIANHE ZAOBAO -
MISI sosial memupuk kesedaran ramai tentang kesulitan pesakit demensia dititikberatkan sebuah kedai kopi di kejiranan Bishan.
Sejak kelmarin, setiap meja makan di Pusat Makanan Kim San Leng sekitar Blok 511, Bishan Street 13 itu, dihiasi dengan pelekat raksasa bergambar makanan yang boleh dibeli di situ.

