Premium
Keberanian teroka cabaran baru kunci kejayaan
Ketua dasar awam Amazon anggap setiap cabaran peluang kembangkan kemampuan diri
Jan 2, 2026 | 5:30 AM
Antara peranan utama Ketua Dasar Awam Amazon Web Services (AWS), Encik Hadri Sopri, adalah untuk memastikan perniagaan tempatan terus meraih manfaat daripada teknologi awan dan Kecerdasan Buatan (AI). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Merentas bidang seperti dasar awam, perubatan dan operasi menyelamat, Berita Harian (BH) menyelami kisah tiga warga Singapura yang menjadikan bakat dan keazaman mereka sebagai wadah untuk menyumbang kepada masyarakat. Ikuti laporan berikut.
Antara detik kerjaya yang paling diingati oleh Ketua Dasar Awam Perkhidmaan Amazon Web Services (AWS), Encik Hadri Sopri, 38 tahun, ialah pengumuman kerjasama antara syarikat tersebut dengan Industri Digital Singapura (DISG) pada Jun tahun 2025.

