Kebakaran di kampus SIM; tiada kecederaan dilaporkan
Aug 10, 2023 | 5:19 PM
KEBAKARAN DI BAWAH RUANG TANAH: SCDF berkata ia menerima panggilan mengenai kebakaran di besmen 461 Clementi Road pada sekitar 9.10 pagi. - Foto INSTAGRAM DANDANEISHI
Satu kebakaran telah berlaku di kampus Institut Pengurusan Singapura (SIM) di Clementi Road pada pagi Khamis.
Tiada kecederaan yang dilaporkan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan mengenai kebakaran di besmen 461 Clementi Road pada sekitar 9.10 pagi.
Kebakaran itu, yang melibatkan penghawa dingin mudah alih, telah dihapuskan dengan sistem pemercik sebelum SCDF tiba, lapor The Straits Times.
SCDF berkata punca kebakaran itu sedang disiasat.
Laporan berkaitan
SCDF lancar tiga kemudahan baru, guna teknologi tingkat keupayaanJul 31, 2023 | 7:05 PM
30 penghuni terjejas dek kebakaran di GeylangJul 31, 2023 | 6:17 PM
30 penghuni terjejas dek kebakaran di GeylangJul 31, 2023 | 6:17 PM

