Kebakaran di flat Jurong West, 90 penduduk dipindahkan
jurong westPasukan Pertahanan Awam SingapuraSCDFkebakaranapiHospital Besar SingapuraSGHhospitalpolis
Feb 24, 2019 | 4:57 PM
KEBAKARAN: SCDF dimaklumkan tentang satu kebakaran di Blok 517A Jurong West Street 52 sekitar 1.30 pagi pada 24 Februari 2019. - Foto PEMBACA SHIN MIN DAILY NEWS
SEBUAH flat di Jurong West dijilat api awal pagi tadi (24 Februari).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 517A Jurong West Street 52 itu sekitar 1.30 pagi.
Api itu dipadamkan menggunakan jet air dan buih.
Menyusuli kejadian itu, seorang lelaki dan seorang wanta, yang kedua-duanya difahamkan berusia 60-an tahun, dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk dirawat kerana terhidu asap.
SCDF berkata sekitar 90 orang dipindahkan dari blok itu oleh polis.
Punca kebakaran sedang disiasat.

