Topik diikuti
Pergi ke BHkuKartrij peluru yang kosong ditemui di Yishun
Foto GOOGLE MAPS
Kartrij peluru yang kosong ditemui di Yishun
KARTRIJ peluru 5.56mm yang kosong dan dipercayai telah digunakan ditemui di Yishun Street 81 semalam (22 September).
Peluru jenis ini biasanya digunakan bagi senjata seperti SAR-21, senapang utama yang digunakan askar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Menurut akhbar The Straits Times, hanya satu kartrij yang ditemui dan seorang lelaki berusia 30-an tahun telah melaporkan hal itu kepada polis selepas tertendang objek itu.
Siasatan polis sedang dijalankan.
