Premium
Kaji cara terbaik ukur mutu hidup pesakit skizofrenia
Pasukan jururawat Pusat Kulit Nasional yang selidik cara tingkat privasi pesakit, jimat masa semasa pemeriksaan penyakit jangkitan hubungan seks turut diberi anugerah
Oct 16, 2017 | 5:30 AM

MENINGKATKAN MUTU PENJAGAAN KESIHATAN: Jururawat klinisian Encik Mohammed Adnan Mahmud (kiri) dan penyelidik Dr Edimansyah Abdin merupakan antara penerima anugerah dalam Peraduan Saintifik di Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura (SHBC) baru-baru ini. - Foto Azmi Athni -
PESAKIT skizofrenia dan gangguan mental lain mempunyai mutu kehidupan yang berbeza daripada orang lain, tetapi ini adalah sesuatu perkara yang agak sukar diukur.
Oleh itu, penyelidik dari Institut Kesihatan Mental (IMH), Dr Edimansyah Abdin, telah mengkaji apakah kaedah terbaik untuk mengukur mutu kehidupan pesakit ini.

