SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kadar pengeluaran kilang SG tumbuh rendah Julai lalu

Kadar pengeluaran kilang SG tumbuh rendah Julai lalu

Aug 27, 2022 | 5:30 AM

Kadar pengeluaran kilang SG tumbuh rendah Julai lalu

Jamal Abdillah
Jamal Abdillah - ESPLANADE - THEATRES ON THE BAY

KADAR pengeluaran kilang Singapura mencatat pertumbuhan rendah, mencecah 0.6 peratus sahaja untuk Julai lalu.

Ia sama sekali di luar ramalan pakar ekonomi yang menjangkakan kadar pertumbuhan mampu mencatat 5.3 peratus - ramalan garis median menurut undian penganalisa privet Bloomberg - disebabkan oleh penguncupan dalam kelompok elektronik utama dan kemerosotan berterusan dalam pengeluaran bioperubatan.

Namun begitu, kelompok lain menyaksikan pertumbuhan kukuh.

Mengenepikan kelompok pengeluaran bioperubatan yang tidak menentu, pengeluaran perusahaan mencatat peningkatan 2.9 peratus tahun-ke-tahun pada Julai lalu.

Kelompok elektronik mencatat penurunan 6.3 peratus tahun-ke-tahun, merubah pertumbuhan 2.3 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut perangkaan awal Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) semalam.

Kadar pencapaian bagi bahagian semikonduktor menguncup 4.1 peratus, meneruskan lagi penurunan 2.6 peratus yang disaksikan pada bulan sebelumnya.

Modul elektronik dan segmen komponen lain menguncup 19.7 peratus, yang disifatkan EDB disebabkan oleh "permintaan eksport lebih rendah dari China ke Korea". - The Business Times

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg