Premium
Jumlah flat, kondo disewakan susut bulan lalu
Sep 10, 2020 | 5:30 AM
PERKUKUH LANGKAH KEHIDUPAN SELAMAT: Pekerja asing dan pengendali dormitori akan disediakan latihan dan bahan pendidikan di bawah satu program baru dalam usaha memperkukuh langkah kehidupan selamat di dormitori dan mengurangkan risiko penularan jangkitan.- Foto FAIL -
HARGA sewa bagi flat dan kondominium kekal stabil bulan lalu tetapi jumlah sewa merosot ke paras lebih rendah dari tempoh semasa pemutus rantaian jangkitan, menurut gerbang hartanah SRX Property.
Jumlah flat HDB yang disewakan susut 16.7 peratus mencapai 1,025 bulan lalu berbanding Julai. Ia adalah 46.2 peratus lebih rendah berbanding Ogos tahun lalu.

