Topik diikuti
Pergi ke BHkuJualan rumah privet baru melonjak bulan lalu: URA

Jualan rumah privet baru melonjak bulan lalu: URA
PENJUALAN rumah baru mencatatkan pemulihan di luar jangkaan dengan pemaju menjual 998 rumah privet tidak berhalaman pada Jun.
Ini adalah lonjakan sebanyak 105 peratus, berbanding 487 rumah privet dijual pada Mei, sedang bilik pameran dibenarkan dibuka semula pada 19 Jun setelah berakhirnya tempoh pemutus litar.
