Pegawai klinik dipenjara, seleweng $145,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai klinik dipenjara, seleweng $145,000

Jan 20, 2026 | 3:25 PM

Pegawai klinik dipenjara, seleweng $145,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pecah amanah, Kes mahkamah, Hukuman penjara, seleweng, pegawai pentadbir
Law Jia Min, dikenakan hukuman penjara setahun lapan bulan pada 20 Januari. - Foto SHIN MIN

Seorang pegawai pentadbiran di sebuah klinik pembedahan pergigian telah menyalahgunakan hampir $145,000 daripada mesin daftar tunai klinik tersebut hampir setahun.

Law Jia Min, 30 tahun, kemudian menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang kepada rakan-rakan dan peminjam wang haram, membeli barangan mewah dan menampung perbelanjaan isi rumah.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan pecah amanah dan dijatuhi hukuman penjara setahun lapan bulan pada 20 Januari. Dia telah membuat bayaran balik sebanyak $4,600.

Semasa bekerja sebagai pegawai pentadbiran, dia ditugaskan untuk menguruskan kaunter menerima pelanggan, menjadualkan janji temu dan mengutip bayaran daripada mereka, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Jahabar.

Dia kemudian mengambil wang tunai yang dibayar pelanggan daripada mesin daftar klinik pergigian itu beberapa kali dari Oktober 2022 hingga Ogos 2023.

“Untuk menyembunyikan penyelewengan yang dilakukannya, tertuduh secara tidak jujur ​​telah meminda... wang tunai, kad kredit dan angka jualan Nets dalam rekod klinik.

“Setiap kali daftar tunai mempunyai jumlah yang rendah, tertuduh juga akan menggalakkan pesakit supaya membayar secara tunai dan bukannya menerusi kaedah pembayaran lain,” tambah DPP.

Kesalahannya terbongkar apabila seorang eksekutif perakaunan mendapati percanggahan lebih daripada $53,000 antara pendapatan tunai klinik itu dengan jumlah yang didepositkan ke dalam akaun bank klinik dari Mei hingga Julai 2023.

Semakan lanjut mendedahkan lebih banyak percanggahan, kata pendakwa raya.

Law telah ditangkap pada 2 September 2023, dan didakwa di mahkamah pada 2025.

Ikat jaminnya ditetapkan pada $15,000 pada 20 Januari, dan dia dijangka mula menjalani hukumannya pada 24 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg