Topic followed successfully
Go to BHkuTiga suspek rompakan akhirnya ditangkap selepas kunci diri dalam flat di Jurong
Tiga suspek rompakan akhirnya ditangkap selepas kunci diri dalam flat di Jurong
Tiga suspek rompakan akhirnya ditangkap selepas kunci diri dalam flat di Jurong
Tiga individu yang dikehendaki polis akhirnya ditangkap setelah mereka mengunci diri di dalam sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Jurong.
Mereka ditangkap bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan semasa merompak.
Polis menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan susulan berhubung kes perbuatan sengaja menyebabkan kecederaan ketika merompak pada sekitar 10.10 malam 3 April.
Semasa siasatan dijalankan, dua lelaki dan seorang wanita enggan membuka pintu dan mengunci diri di dalam sebuah unit kediaman di Blok 262 Jurong East Street 24.
Pegawai daripada Pasukan Operasi Khas (SOC), Unit Perundingan Krisis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerahkan ke lokasi kejadian.
SCDF memasang satu pek udara keselamatan dan penyelamat daripada Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sebagai langkah berjaga-jaga.
Kira-kira 11.40 malam, pegawai polis memasuki unit tersebut.
Dua lelaki berusia 21 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu ditangkap kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa merompak.
SCDF menyatakan ia telah memeriksa seorang individu yang mengalami cedera ringan, namun individu tersebut enggan dibawa ke hospital.
Siasatan polis masih dijalankan.

