SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemandu pertama pandu di bawah pengaruh Kpod dihukum jel lebih 6 tahun, sebat

Pemandu pertama pandu di bawah pengaruh Kpod dihukum jel lebih 6 tahun, sebat

Mar 31, 2026 | 6:32 PM

Pemandu pertama pandu di bawah pengaruh Kpod dihukum jel lebih 6 tahun, sebat

Tung Jun Yu, 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 18 bulan serta 10 kali sebatan pada 31 Mac.
Tung Jun Yu, 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 18 bulan serta 10 kali sebatan pada 31 Mac. - Foto ST

Pemandu pertama yang didakwa atas kesalahan trafik melibatkan etomidate telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 18 bulan serta 10 kali sebatan pada 31 Mac.

Lesen memandunya juga digantung selama lima tahun selepas dibebaskan daripada penjara.

Ketika keluar dengan ikat jamin atas kesalahan dadah dan dalam keadaan mabuk akibat Kpod, Tung Jun Yu, 27 tahun, memandu keretanya melawan arah trafik di Supreme Court Lane dan, tidak lama kemudian, terus melalui satu persimpangan lampu isyarat, di mana dia berlanggar dengan sebuah kereta lain.

Warga Singapura itu mengaku bersalah atas lima tuduhan termasuk memandu di bawah pengaruh dadah, memandu secara bahaya, dan pengedaran dadah.

Mahkamah mendengar bahawa Tung telah memandu melawan arah trafik di Supreme Court Lane sekitar 5.40 petang pada 14 Julai 2025. Jalan itu terletak antara Mahkamah Agung dengan Galeri Nasional Singapura.

Seorang pemandu, yang dikenal pasti sebagai W1 dalam dokumen mahkamah, menurunkan tingkap keretanya dan memberitahu Tung bahawa dia memandu arah yang salah. Tung sekadar menjawab: “Huh?”

Melihat Tung dalam kelihatan keliru tetapi tidak berbau alkohol, W1 bertanya kepada Tung sama ada dia mengambil dadah.

Tung menjawab dengan menunjukkan telefon bimbitnya kepada W1 dengan aplikasi penghantaran Grab dan peta dipaparkan, sebelum terus memandu pergi. W1 menghubungi polis.

Tidak lama selepas itu, Tung terlibat dalam kemalangan di Bencoolen Street.

Dokumen mahkamah menyatakan dia sedang memandu di lorong paling kanan sepanjang Bras Basah Road menuju ke Raffles Boulevard.

Lorong itu adalah lorong pusing kanan sahaja untuk pemandu yang menuju ke Bencoolen Street, tetapi Tung terus memandu lurus lalu berlanggar dengan sebuah kereta lain.

Apabila pemandu kereta itu, W2, turun daripada kenderaannya untuk mendapatkan butiran Tung, beliau menyedari pertuturan Tung tidak jelas dan dia sedang menggigil. W2 menghubungi polis.

Pegawai polis yang hadir di tempat kejadian menyedari tindak balas Tung lambat, dan pertuturannya tidak jelas. Dia juga tidak mampu membuka matanya sepenuhnya.

Tiga vape ditemui dalam kereta Tung. Terdapat kerosakan kecil pada kedua-dua kereta selepas kemalangan itu.

Walaupun Tung menunjukkan keputusan negatif dalam ujian alat pengesan alkohol, analisis darah oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengesan etomidate dalam sampel darahnya.

Beberapa bulan sebelum kemalangan itu, Tung ditangkap oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB).

Pada 8 Oktober 2024, pegawai CNB menemui lebih 40 gram metamfetamin atau Ice dan lebih 30 gram ganja di bilik tidurnya. Mereka juga merampas $400 wang tunai daripadanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg