SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

42 pengembara ditemui bawa vape, lebih 240 alat dirampas dalam 4 hari

42 pengembara ditemui bawa vape, lebih 240 alat dirampas dalam 4 hari

ICA tingkat operasi di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut S’pura dari 24 hingga 27 Mac
Mar 29, 2026 | 4:04 PM

42 pengembara ditemui bawa vape, lebih 240 alat dirampas dalam 4 hari

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), tingkat operasi, vape
Tong untuk membuang vape disediakan di Lapangan Terbang Changi. - Foto FACEBOOK ICA

Pihak berkuasa imigresen telah mengesan 42 pengembara yang membawa rokok elektronik atau vape dan merampas lebih 240 alat sedemikian dan komponen berkaitan di pusat pemeriksaan Singapura dalam tempoh empat hari minggu ini.

Dalam tempoh antara 24 Mac dengan 27 Mac, terdapat 42 kes pengembara yang ditemui membawa vape serta mereka yang membuang vape mereka secara rela, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu hantaran Facebook pada 29 Mac.

Selama tempoh itu, ICA telah mempergiat pemeriksaan di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut Singapura untuk mengesan dan mencegah percubaan menyeludup vape ke negara ini, kata ICA.

Sekitar 52 peratus kes melibatkan pelawat jangka pendek dan 48 peratus lagi melibatkan penduduk Singapura, kata ICA lagi.

Penduduk Singapura merangkumi warga, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang.

Dalam hantaran media sosial itu, ICA menekankan bahawa menggunakan vape adalah perbuatan yang melanggar undang-undang di Singapura dan menambah, warga asing yang memasuki Singapura untuk melawat atau menetap di sini perlu mematuhi undang-undang negara ini.

Sesiapa yang ditangkap memiliki, menggunakan atau membeli vape akan dikenakan hukuman lebih berat, katanya.

Pelawat jangka pendek yang mengulangi kesalahan itu akan dilarang daripada memasuki Singapura semula, kata ICA.

Warga asing yang memiliki pas jangka panjang, seperti Pas Pekerjaan, Pas S, permit kerja, Pas Pelajar, Pas Lawatan Jangka Panjang atau Pas Tanggungan pula menanggung risiko pas mereka ditarik balik jika melakukan kesalahan berkait vape buat kali ketiga.

Ini selain mereka dihantar pulang atau dilarang memasuki semula Singapura.

Tong untuk membuang vape telah disediakan untuk pelawat yang tiba di Singapura melalui penerbangan, atau transit di Lapangan Terbang Changi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg