Premium
Jaya dipilih ikuti pendidikan duniawi, ukhrawi
Jan 2, 2019 | 5:30 AM
YAKIN KEMAMPUAN ANAKNYA: Cik Norashidah Rosdi yakin anaknya Kamylia Naurah Khairul Hazwan, mampu menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran dan pembelajaran di madrasah. - Foto BH oleh JOSEPH CHUA -
SEPERTI kanak-kanak lain yang berminat melanjutkan pelajaran ke darjah satu di aliran madrasah, Kamylia Naurah Khairul Hazwan, juga perlu mempersiapkan diri bagi menduduki ujian kemasukan madrasah.
Selain mengulang kaji pelajaran berunsur akademik dan Bahasa Arab, pelajar berusia enam tahun itu juga perlu menghafal 10 surah terakhir Al-Quran dan beberapa doa harian.

