SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jabatan imigresen Johor hadiahkan kek kepada ICA sempena Hari Kebangsaan S’pura

Jabatan imigresen Johor hadiahkan kek kepada ICA sempena Hari Kebangsaan S’pura

Aug 10, 2023 | 5:05 PM

Jabatan imigresen Johor hadiahkan kek kepada ICA sempena Hari Kebangsaan S’pura

HADIAHKAN KEK: Timbalan Ketua Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, dikenal pasti sebagai Puan Vimala telah menyerahkan kek kepada Timbalan Komander Woodlands Tong Weijie di Pusat Pemeriksaan Woodlands sempena ulang tahun Singapura ke-58. 
HADIAHKAN KEK: Timbalan Ketua Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, dikenal pasti sebagai Puan Vimala telah menyerahkan kek kepada Timbalan Komander Woodlands Tong Weijie di Pusat Pemeriksaan Woodlands sempena ulang tahun Singapura ke-58.  - Foto FACEBOOK UKK BSI

Detik manis disaksikan apabila Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menerima kek daripada Jabatan Imigresen Malaysia pada Rabu sempena Hari Kebangsaan.

Pos Facebook yang dimuat naik Unit Komunikasi dan Korporat Bangunan Sultan Iskandar (UKK BSI) menunjukkan gambar-gambar yang merakam detik tersebut.

Kek tersebut yang sebahagian besarnya berwarna merah putih, menonjolkan gambaran Marina Bay Sands, Merlion dan Singapore Flyer.

Timbalan Ketua Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, dikenal pasti sebagai Puan Vimala telah menyerahkan kek kepada Timbalan Komander Woodlands Tong Weijie di Pusat Pemeriksaan Woodlands sempena ulang tahun Singapura ke-58.

“Semoga menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua pihak yang bersama menjaga keselamatan dipintu masuk darat Malaysia-Singapura,” menurut pos itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg