SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

ITE semak kalendar akademik, percepat cuti sekolah

ITE semak kalendar akademik, percepat cuti sekolah

Apr 22, 2020 | 11:24 AM

ITE semak kalendar akademik, percepat cuti sekolah

SEMAK KALENDAR: Tempoh cuti bagi pelajar ITE juga dipercepatkan, dari pertengahan Jun ke 9 Mei ini, dan berakhir pada 1 Jun.
SEMAK KALENDAR: Tempoh cuti bagi pelajar ITE juga dipercepatkan, dari pertengahan Jun ke 9 Mei ini, dan berakhir pada 1 Jun. - Fail

PELAJAR Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan meneruskan pembelajaran dari rumah sehingga 8 Mei ini, sebelum mereka menikmati cuti penggal, kata ITE dalam kenyataannya lewat malam tadi.

Menyusuli langkah tambahan pemutus litar dan sejajar dengan langkah terbaharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang mengumumkan cuti sekolah dipercepatkan ke 5 Mei ini, tempoh cuti bagi pelajar ITE juga dipercepatkan, dari pertengahan Jun ke 9 Mei ini, dan berakhir pada 1 Jun.

Latihan akan disambung semula pada 2 Jun.

"Pendidikan ITE berteraskan latihan amali. ITE menekankan pembelajaran tulen dengan menyediakan latihan amali dalam sekitaran industri berkaitan. Melihat kepada lanjutan tempoh 'Pemutus Litar', ITE akan menyemak kalendar akademik dalam usaha memaksima masa yang ada untuk pembelajaran secara amali, meningkatkan sepenuhnya pengalaman pendidikan penuntut. Bagaimanapun tidak ada perubahan dari segi jumlah minggu latihan," kata ITE dalam kenyataannya.

Perubahan utama bagi kalendar akademik melibatkan kesemua pelajar Nitec, Sijil Tinggi Nitec dan Diploma Teknikal.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg