Topik diikuti
Pergi ke BHkuITE, DBS lancar program celik wang buat pelajar
ITE, DBS lancar program celik wang buat pelajar
MENGAJAR kecelikan kewangan kepada pelajar bukan sekadar membantu pelajar mengurus kewangan mereka dengan lebih baik.
Bagi pensyarah Kemahiran Hayat di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat, Encik Hairul Md Ibrahim, ia juga untuk melengkapi pelajarnya dengan kemahiran supaya mereka dapat membuat keputusan kewangan yang betul kerana mereka bakal menjejaki alam pekerjaan dan memikul tanggungjawab lebih berat pada masa yang akan datang.
