SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Iswaran dikenakan hukuman penjara 12 bulan

Iswaran dikenakan hukuman penjara 12 bulan

Oct 3, 2024 | 10:50 AM

Iswaran dikenakan hukuman penjara 12 bulan

Mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan.
Mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan. - Foto REUTERS

Mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan berhubung perbuatan menerima hadiah daripada pihak yang berurusan dengannya sebagai penjawat awam.

Dia mengaku bersalah ke atas empat tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang melarang semua penjawat awam daripada mendapatkan atau menerima sebarang hadiah berharga daripada individu yang terlibat dengan mereka dalam tugasan rasmi.

Dia juga mengaku bersalah ke atas satu tuduhan menghalang proses keadilan.

Iswaran kelihatan sugul apabila hukuman dijatuhkan dan pihak pembela mengusulkan agar hukumannya bermula pada 7 Oktober, yang dipersetujui Hakim Vincent Hoong.

Ketika merumuskan hukuman, Hakim Hoong berkata kepercayaan dan keyakinan terhadap institusi awam merupakan “teras tadbir urus yang berkesan”, yang boleh digugat dengan mudah oleh penjawat awam yang berada di bawah standard integriti dan akauntabiliti.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg