Isteri dan ibu anggota NS diberi keahlian keluarga HomeTeamNS dua tahun secara percuma
Premium
Isteri dan ibu anggota NS diberi keahlian keluarga HomeTeamNS dua tahun secara percuma
May 13, 2019 | 5:30 AM
IKTIRAF SUMBANGAN ISTERI DAN IBU ANGGOTA NS: Cik Teo (kiri) meletakkan pin kolar di blaus suri rumah, Cik Jenny Sim, semasa di acara pelancaran inisiatif 'Everyday (Her)oes' semalam. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
DALAM mengiktiraf sumbangan mereka kepada perkhidmatan negara, para isteri dan ibu anggota Perkhidmatan Negara (NS) Home Team akan mendapat keahlian keluarga HomeTeamNS selama dua tahun secara percuma di samping juga pelbagai kemudahan berlandaskan kekeluargaan.
Dinamakan Everyday (Her)oes, inisiatif itu telah diumumkan Menteri Tenaga Kerja merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo semalam, yang juga bersempena Hari Ibu, di kelab HomeTeamNS di Our Tampines Hub.

