Topik diikuti
Pergi ke BHkuInsiden langgar kapal di Tuas: Kapal Pireas silap
MPA ingatkan semua kapal beroperasi dalam had pelabuhan Singapura agar patuhi peraturannya
Insiden langgar kapal di Tuas: Kapal Pireas silap
KEJADIAN perlanggaran antara kapal MV Pireas yang berdaftar di Greece dengan kapal kerajaan Malaysia, Polaris, adalah disebabkan kesilapan yang dibuat kapal Pireas semasa ingin membelok, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Menurut satu kenyataan semalam, MPA menyatakan pihaknya telah selesai menjalankan siasatan terhadap perlanggaran yang berlaku di perairan Singapura bulan lalu itu.
