Inisiatif audiens muda BH
AKHBAR PELAJAR ‘GEN-G’
Diterbitkan setiap minggu pada Isnin, akhbar khusus untuk pelajar, Gen-G dikirimkan kepada semua pelajar bahasa Melayu di sekolah menengah, selain sekolah rendah, yang melanggan akhbar tersebut.
Ia mengandungi berita-berita daripada akhbar Berita Harian, yang disesuaikan bagi pelajar. Gen-G juga mempunyai kandungan yang dapat menyokong guru-guru selain menyemarakkan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah.
KELAB GEN-G
Anda seorang pelajar dan berminat menjadi wartawan? Atau mahu mendalami minat dalam penghasilan kandungan? Kelab Gen-G adalah wadahnya untuk pelajar mengembangkan minat dan bakat mereka dalam bidang-bidang tersebut.
Dilancarkan baru-baru ini, Kelab Gen-G menawarkan kem kewartawanan bagi mengasah bakat pelajar dalam mendakap kemahiran menghasilkan berita dan kandungan.
AKAN DATANG!!! OMG
Siri video OMG atau ‘Orang Muda Gitew’, yang membincangkan topik-topik yang dekat dengan hati golongan belia, akan diperbaharui. Ia akan menjadi antara tunggak kandungan dan strategi BH bagi menghasilkan kandungan yang baru lagi segar.
Nantikan butirannya tidak lama lagi!

