Topik diikuti
Pergi ke BHkuIktiraf syarikat yang bantu kerjaya, gaji pekerja gaji rendah
Syarikat diiktiraf dengan Tanda Model Gaji Progresif, usaha rangsang pendapatan bagi golongan pekerja bergaji rendah
Iktiraf syarikat yang bantu kerjaya, gaji pekerja gaji rendah
SYARIKAT yang secara sukarela membayar gaji secara progresif dan menyediakan laluan kemajuan pekerjaan bagi pekerja bergaji rendah akan diiktiraf dengan Tanda Model Gaji Progresif (PWM).
Ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk merangsang pendapatan bagi golongan pekerja bergaji rendah, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, semasa perbahasan Amanat Presiden di Parlimen semalam.
