SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

IKEA tarik barik alat lenyek bawang putih

IKEA tarik barik alat lenyek bawang putih

Jun 11, 2025 | 5:08 PM

IKEA tarik barik alat lenyek bawang putih

IKEA menarik semula alat melenyek bawang putih, IKEA 365+ VÄRDEFULL yang berwarna hitam.
IKEA menarik semula alat melenyek bawang putih, IKEA 365+ VÄRDEFULL yang berwarna hitam. - Foto IKEA

Syarikat kelengkapan rumah dan aksesori, IKEA, telah mengumumkan langkah menarik balik peralatan dapur, IKEA 365+ VÄRDEFULL yang berwarna hitam, atas risiko keselamatan.

Produk itu digunakan untuk melenyek bawang putih.

Menurut satu kenyataan IKEA pada 11 Jun, satu siasatan dalaman menunjukkan bahawa sebahagian logam kecil tertanggal apabila pengguna melenyek bawang menggunakan alat tersebut. Ini disebabkan satu kesilapan semasa pembuatan alat itu.

Ini menimbulkan risiko bahagian tersebut termasuk dalam makanan tanpa disedari oleh pengguna.

“Tiada insiden dilaporkan di Singapura.

“Pelanggan yang memiliki alat melenyek bawang putih ini harus segera berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya,” menurut kenyataan itu lagi.

Produk yang terjejas mempunyai nombor artikel 601.636.02, dan boleh dikenal pasti dengan tanda IKEA di bahagian atas pemegangnya.

Produk yang ditarik balik mempunyai cap tarikh P ‘2411 (YYWW) hingga 2522 (YYWW). 

Pelanggan boleh mengembalikan produk terjejas di mana-mana cawangan IKEA untuk mendapatkan bayaran balik penuh. Bukti pembelian, contohnya resit, tidak diperlukan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg