SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

ICA perkenal beberapa langkah atasi kesesakan di pusat pemeriksaan darat

ICA perkenal beberapa langkah atasi kesesakan di pusat pemeriksaan darat

May 27, 2023 | 5:46 PM

ICA perkenal beberapa langkah atasi kesesakan di pusat pemeriksaan darat

MEMPERCEPATKAN PELEPASAN IMIGRESEN: Antara rancangan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan darat adalah untuk meningkatkan bilangan lorong automatik untuk menampung lebih ramai orang.
MEMPERCEPATKAN PELEPASAN IMIGRESEN: Antara rancangan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan darat adalah untuk meningkatkan bilangan lorong automatik untuk menampung lebih ramai orang. -  Foto ZAOBAO

PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kesesakan dan masa menunggu untuk mereka yang menggunakan laluan bas dan kereta di pusat pemeriksaan darat.

Dalam satu sidang media pada Sabtu, Komander ICA Woodlands, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Collin Tan, berkata ICA akan terus meningkatkan bilangan lorong automatik untuk menampung lebih ramai orang dan mempercepatkan pelepasan imigresen.

ICA juga memperkenalkan ‘Loop System’ atau sistem lingkaran, bagi bas Causeway Link (CW) supaya pemandu bas tidak lagi perlu melepasi imigresen dan sebaliknya boleh membuat pusingan ‘U’ untuk mengambil atau menurunkan penumpang di WCP atau Bangungan Sultan Iskandar (BSI).

Tambahan, pemandu dan penumpang kereta tidak perlu menggunakan pasport untuk melepasi imigresen dan boleh menggunakan kod QR melalui aplikasi mudah alih MyICA mulai awal 2024.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg