Ibu bapa penagih muda mungkin diwajib jalani kaunseling demi pemulihan anak
Premium
Ibu bapa penagih muda mungkin diwajib jalani kaunseling demi pemulihan anak
Nov 20, 2018 | 5:30 AM
PUSAT PEMULIHAN DADAH DI KOMPLEKS PENJARA CHANGI: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyarankan supaya Pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB) diberi kuasa mewajibkan ibu bapa atau waris penagih di bawah usia 21 tahun, supaya menjalani kaunseling. - Foto fail -
IBU BAPA penagih muda boleh diwajibkan menjalani kaunseling bagi menyokong usaha pemulihan anak-anak mereka jika pindaan kepada Akta Penyalahgunaan Dadah diluluskan Parlimen kelak.
Dalam pindaan yang dibentangkan semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyarankan supaya Pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB) diberi kuasa mewajibkan ibu bapa atau waris penagih di bawah usia 21 tahun, supaya menjalani kaunseling.

