Dalam melaksanakan ibadah korban, ramai orang sering bertanya tentang harga dan negara pelaksanaannya.

Namun hakikatnya, ibadah korban bukan sekadar soal memilih lokasi atau terpengaruh oleh promosi ejen yang mengatakan negara tertentu lebih baik pada tahun ini.

Lebih utama ialah bagaimana amanah itu dilaksana, yakni siapa menguruskannya, apakah ia disempurnakan dengan penuh kejujuran, ihsan dan ketakwaan kepada Allah swt.

Setiap tahun, masyarakat Singapura terus menunjukkan keprihatinan tinggi agar ibadah korban mereka benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.

Di desa dan kawasan pedalaman Indonesia, pelaksanaan korban oleh rakyat Singapura bukan membawa daging untuk dinikmati saja, bahkan menghadirkan kegembiraan, rasa dihargai dan mengukuhkan ikatan persaudaraan serumpun yang amat bermakna.

Atas dasar amanah itulah Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, terus komited memastikan setiap ibadah korban diurus dengan penuh tertib, teliti dan berlandaskan syariat.

Bermula daripada pemilihan haiwan bermutu, penjagaan rapi di kandang sendiri, dan proses sembelihan yang menepati hukum syarak hinggalah kepada agihan kepada golongan benar-benar memerlukan.

“Yang membezakan Attawasol Insaniy ialah kami bukan sekadar bertindak sebagai ejen, sebaliknya turun sendiri ke lapangan, mengurus dan melaksana setiap amanah korban yang diterima dengan tangan sendiri serta penuh rasa bertanggungjawab.

‘Bagi menjunjung prinsip ketelusan dan amanah kepada para sahibul korban (orang yang melakukan ibadah korban), setiap pelaksanaan turut disertakan dengan dokumentasi lengkap, sijil pengesahan dan laporan sebagai bukti bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan telah disempurnakan sebaik-baiknya.

“Lebih indah, setiap ibadah korban ini turut diiringi doa, khatam Al-Quran serta munajat agar setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah swt sebagai amal soleh yang mendekatkan diri kepada-Nya,” kata Ustaz Dr Leyaket.

Beliau menjelaskan lagi: “Sesungguhnya, korban bukan sekadar menyembelih haiwan. Ia adalah lambang ketaatan, kasih sayang dan amanah. Satu jalinan ukhuwah yang menghubungkan hati masyarakat Singapura dengan saudara serumpun di Indonesia dalam semangat berkongsi rezeki dan menyebarkan rahmat.

“Semoga setiap titisan pengorbanan ini menjadi saksi cinta kita kepada Allah swt serta membawa keberkatan dan rahmat kepada sesama insan.”

CARA LAKSANA IBADAH KORBAN BERSAMA ATTAWASOL INSANIY:

WhatsApp ke talian 9272-9132, 8874-8848, 9027-3547. Berikan nama peserta, sahibul korban, alamat dan bukti pembayaran (PayNow)

Datang ke: Madrasah Al-Khairiah (Still Road), Shubby Sweets Bakery (Chai Chee), dan Goldmas Jewellery (Arab Street)

Untuk pengambilan borang dari rumah, sila hubungi talian 8874-8848