Premium
HPB lancar program kesihatan bagi pekerja pusat penjaja
Jan 31, 2019 | 5:30 AM
PROGRAM KESIHATAN: (Depan dua dari kiri) Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan), Dr Amy Khor, (depan tiga dari kiri) Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad melakukan latihan jasmani sewaktu lawatan di Pusat Tekka semalam. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
SATU program di tempat kerja baru yang menyediakan pekerja matang dalam sekitaran pusat penjaja akses kepada pemeriksaan dan bimbingan kesihatan serta keselamatan telah dilancarkan Lembaga Penggalakkan Kesihatan (HPB).
Program Health Chats @ Hawker Centres itu bertujuan menggalak pekerja menjaga kesihatan dan keselamatan dengan melengkapi mereka dengan kemahiran, pengetahuan dan sokongan untuk membuat perubahan positif dan mengamalkan tabiat gaya hidup lebih sihat.

