Premium
Hidangan cepat dan lebih segar dinikmati
Nov 29, 2016 | 5:30 AM
LEBIH SEGAR: Eksekutif Perhubungan Awam Cheers, Cik Gretchen Lee, meletakkan beberapa bungkusan makanan segera ke dalam ketuhar gelombang mikro. Makanan tersebut dibungkus dengan pembungkus vakum khas yang dapat mengekalkan kesegaran dan rasa asli makanan tersebut. - Foto LIANHE ZAOBAO -
BEBERAPA kedai runcit kini menawarkan pilihan yang lebih segar: Makanan segera dalam pembungkusan kulit vakum baru.
Mereka kini meningkatkan usaha dengan menawarkan lebih banyak makanan segera dengan pilihan yang lebih segar. Nasi bakar daging rendang, nasi kubis bunga quinoa dengan salmon dan nasi lemak adalah antara yang dijual di kedai seperti Cheers dan FairPrice Xpress yang terletak di lima stesen Esso baru-baru ini.

