HDB perkenal pencetak konkrit 3D perluas upaya reka bentuk flat
Premium
HDB perkenal pencetak konkrit 3D perluas upaya reka bentuk flat
Kecerdasan buatan (AI), dron juga dimanfaat bagi tingkat daya penghasilan
Sep 16, 2019 | 5:30 AM
PERLUASKAN KEUPAYAAN: Pencetak konkrit 3D yang terletak di Institut Kajian Bangunan HDB di Woodlands berupaya mencetak komponen yang bersaiz sehingga sepanjang 9 meter, seluas 3.5 meter dan setinggi 3.8 meter. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
BUAT julung kalinya, Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) akan memperkenalkan pencetak konkrit 3D, yang bertujuan memperluaskan keupayaan reka bentuk dan menggalak lebih banyak binaan mampan, di sini.
Alat tersebut merupakan antara tiga inovasi yang sedang diterokai HDB dalam usahanya meningkatkan lagi produktiviti, kemampanan dan mutu binaan rumahnya.

