Premium
Hasrat jejak nenek moyang di Bawean tak kesampaian
Datuk maut akibat terkena botol kaca yang dibuang dari kondo di Spottiswoode Park
Aug 22, 2019 | 5:30 AM
SIFATNYA RIANG: Allahyarham (berbaju biru) meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya apabila sebuah botol kaca yang dibuang dari flat kondominium 35 tingkat di Spottiswoode Park terkenanya. Beliau meninggalkan isteri, (bertudung merah jambu) Cik Manisah, empat anak - antaranya adalah Cik Suriati (sebelah Cik Manisah) - serta sembilan cucu. - Foto ihsan CIK NAS SURIATI NASIARI -
BELIAU sepatutnya mengunjungi Pulau Bawean, Indonesia, bersama isteri dan saudara-maranya bulan depan untuk 'menjejaki' tempat asal arwah nenek moyang mereka.
Belum sempat beliau kembali ke kampung nenek moyangnya, Encik Nasiari Sunee meninggal dunia Isnin lalu.

