Harga COE turun bagi semua kategori kecuali motosikal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga COE turun bagi semua kategori kecuali motosikal

Jun 4, 2025 | 6:40 PM

Harga COE turun bagi semua kategori kecuali motosikal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
COE, kereta, motosikal
Ini adalah kali kedua berturut-turut harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kereta mencatat penurunan, meskipun premium masih lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2024. - Foto fail

Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) turun untuk semua kategori kecuali motosikal dalam tender terkini pada 4 Jun.

Premium Kategori A – yang merangkumi kereta serta kenderaan elektrik (EV) lebih kecil dan kurang berkuasa – mencatat penurunan terbesar, iaitu 5.4 peratus kepada $96,999, berbanding $102,501 pada tender sebelum ini.

Bagi Kategori B, yang terdiri daripada kereta serta EV lebih besar dan lebih berkuasa, harga premium adalah $113,000 – turun 3.4 peratus dari $116,988 yang dicatat pada tender 21 Mei.

Ini adalah kali kedua berturut-turut harga COE untuk kereta menyaksikan penurunan, meskipun premium masih lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2024, lapor The Straits Times (ST).

Harga COE Kategori Terbuka (Kategori E) ialah $113,900, turun 3.5 peratus daripada $118,010 pada tender sebelum ini.

Walaupun sijil Kategori Terbuka boleh digunakan untuk mendaftarkan mana-mana jenis kenderaan kecuali motosikal, ia biasanya digunakan untuk kereta lebih besar dan berkuasa tinggi.

Premium COE bagi kenderaan komersial (Kategori C), adalah $62,000 – turun 1.9 peratus daripada $63,189 sebelum ini.

Premium COE motosikal (Kategori D) pula mencatat trend berbeza apabila naik 3.4 peratus kepada $9,000, berbanding $8,707 sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg