Topic followed successfully
Go to BHkuHarga COE naik bagi semua kategori kecuali motosikal
Harga COE naik bagi semua kategori kecuali motosikal
Harga COE naik bagi semua kategori kecuali motosikal
Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kereta yang lebih besar dan kategori terbuka mencapai paras tertinggi baru untuk tender ketiga berturut-turut, dengan harga untuk COE Terbuka meningkat kepada $137,000.
Harga COE untuk kereta dengan enjin lebih besar daripada 1,600cc atau mempunyai kuasa melebihi 130bhp, serta kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa melebihi 110kW, meningkat sebanyak 3.85 peratus daripada $129,890 kepada $134,889 dalam tender terkini pada Rabu.
Harga untuk COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi mana-mana jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta lebih besar, melonjak sebanyak 4.58 peratus daripada $131,000 kepada $137,000.
Harga untuk Kategori A, yang digunakan untuk kereta yang lebih kecil, kurang berkuasa dan EV, ditutup pada $101,000. Jumlah itu adalah $1,000 lebih mahal daripada harga ditetapkan pada pelaksanaan tender sebelumnya dua minggu lalu.
COE kenderaan komersial pula ditutup 0.11 peratus lebih tinggi pada $82,889 berbanding $82,801 sebelum ini.
Manakala, COE motosikal merupakan satu-satunya kategori yang mencatatkan kemerosotan, turun sebanyak 4.39 peratus kepada $10,901 berbanding $11,402 yang ditetapkan sebelum ini.

