Topik diikuti
Pergi ke BHkuHampir tiada tempat berteduh...
Masjid Assyakirin, lain-lain badan sediakan bantuan, Bapa sedia juadah Raya
Hampir tiada tempat berteduh...
TANPA tersedianya bantuan, Encik Zainal (bukan nama sebenar) (gambar), 49 tahun, mungkin menyambut Syawal di jalanan keseorangan diri semasa pandemik Covid-19 ini.
Mujur, beliau menemui tempat tinggal sementara di Masjid Assyakirin. Di masjid itu, Encik Zainal turut disediakan kemudahan dan bantuan lain seperti wang tunai $10 setiap hari untuk makanan, pantri kecil bagi minuman dan snek, mesin pencuci dan pengering pakaian, dan WiFi.
