Hampir separuh pekerja hantar makan Grab mohon geran tukar alat mobiliti
Premium
Hampir separuh pekerja hantar makan Grab mohon geran tukar alat mobiliti
Dec 12, 2019 | 5:30 AM
PROGRAM LATIHAN BARU: Dalam satu pameran semalam, pekerja penghantaran Grab berpeluang mendapatkan maklumat tentang program latihan baru, antaranya mengenai keselamatan jalan raya. Penunggang Grab yang tamat menjalani program itu akan menerima satu 'topi keledar bijak' secara percuma, yang membolehkan mereka memberi isyarat lampu untuk menunggang dengan lebih selamat. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
HAMPIR separuh daripada pekerja penghantaran makanan Grab yang terjejas dengan larangan alat mobiliti peribadi (PMD) telah memohon geran pemerintah untuk menukar kepada alat mobiliti lain sejauh ini, lebih sebulan sejak larangan itu berkuat kuasa.
Golongan yang terjejas ini, termasuk pekerja daripada syarikat lain, juga kini boleh menjalani satu program latihan baru, antara lain mengenai keselamatan dan kod tatalaku semasa menunggang di jalan raya.

