SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hampir 80% calon NA layak ke menengah lima

Hampir 80% calon NA layak ke menengah lima

Dec 18, 2021 | 5:30 AM

Hampir 80% calon NA layak ke menengah lima

6c67d02b-3765-4518-b531-0deee69b8b37
-

HAMPIR 80 peratus calon sekolah daripada aliran Normal (Akademik) yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat N(A) tahun ini layak ke peringkat menengah lima, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) semalam.

Lebih 13,600 pelajar yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'N' itu menerima keputusan mereka semalam.

Mereka mendapat keputusan mereka di bilik darjah dan tidak berkumpul sebagai satu kohort, sejajar dengan langkah pengurusan selamat.

Daripada 9,407 calon yang menduduki peperiksaan peringkat N(A) itu, 99.5 peratus calon mendapat sijil GCE Peringkat N(A).

Jumlahnya kurang sedikit berbanding 99.7 peratus calon tahun lalu.

Sijil itu diberikan kepada calon yang mendapat Gred 5 atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu subjek N(A).

Dalam kalangan calon sekolah yang menduduki peperiksaan peringkat N(A) itu, 79.2 peratus calon layak ke peringkat menengah lima.

Jumlahnya lebih ramai berbanding 77.7 peratus calon aliran N(A) tahun lalu.

Daripada 4,228 pelajar yang menduduki peperiksaan peringkat Normal (Teknikal) pula, 98.1 peratus calon mendapat Gred D atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu subjek dan diberikan sijil GCE Peringkat N(T).

Jumlahnya kurang sedikit berbanding 98.5 peratus calon tahun lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg