
HAD pendapatan keluarga untuk mendapat keutamaan agar anak-anak mereka dapat masuk ke tadika Kementerian Pendidikan (MOE) telah dinaikkan daripada pendapatan kasar isi rumah $3,500 sebulan kepada $4,500, sebagai langkah untuk memastikan lebih ramai diberikan tempat.
Perubahan itu akan berkuat kuasa bermula 17 Februari ini, apabila latihan pendaftaran 2023 bermula, menurut Kementerian Pendidikan (MOE).
Ia bertujuan untuk memastikan tadika ini kekal diakses oleh isi rumah berpendapatan rendah di tengah-tengah peningkatan dalam pendapatan.
Terdapat 55 tadika MOE dibuka untuk pendaftaran bagi kanak-kanak yang memasuki Tadika 1 pada 2024, meningkat daripada 50 pada 2022.
Menjelang 2025, terdapat 57 tadika seperti itu, yang biasanya terletak dalam kawasan bangunan sekolah rendah.
Keutamaan kemasukan tertinggi diberikan kepada kanak-kanak warga Singapura, yang tinggal dalam lingkungan satu kilometer dari tadika, dan pendapatan isi rumah kasar mereka tidak melebihi had baru $4,500, atau $1,125 setiap orang, sebulan.
Satu pertiga daripada semua tempat dikhaskan untuk kanak-kanak ini.
Tempat yang selebihnya diberikan kepada warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai adik-beradik yang di tempat sama ada di tadika atau sekolah rendah, diikuti oleh warganegara secara amnya, kemudian penduduk tetap amnya, menurut laman web MOE.
Pada 2023, setiap kanak-kanak warga Singapura yang menghadiri tadika MOE membayar yuran $160 sebulan. Yuran adalah $320 untuk penduduk tetap.
Tiada perbelanjaan tambahan dikenakan kerana program lain seperti kegiatan berdarmawisata adalah percuma.
55 tadika MOE akan mengadakan rumah terbuka pada 11 Februari atau 18 Februari bagi memberi peluang kepada ibu bapa mengetahui lebih lanjut mengenai setiap sekolah sebelum mendaftarkan anak mereka, kata MOE.
Buat pertama kalinya sejak 2020, apabila pandemik Covid-19 memaksa rumah terbuka diadakan dalam talian, ibu bapa akan dapat menghadiri acara tersebut secara peribadi.
Semua tadika MOE menawarkan tiga bahasa ibunda - bahasa Cina, Melayu dan Tamil - untuk menggalakkan dwibahasa dan menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas sekolah bersubsidi yang dipanggil Kindergarten Care (KCare), tambah MOE.
Latihan pendaftaran 2023 terbuka kepada warga Singapura dan penduduk tetap yang lahir antara 2 Jannuari 2019 dan 1 Januari 2020, kata MOE.
Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka melalui laman web tadika MOE dari 9 pagi pada 17 Februari hingga 4 petang pada 21 Februari.
TARIKH RUMAH TERBUKA TADIKA MOE (MK)
UTARA
Sembawang & Woodlands
11 Feb 2023
- MK@Northoaks
- MK@Sembawang
18 Feb 2023
- MK@Riverside
- MK@Wellington
Yishun
11 Feb 2023
- MK@North View
- MK@Naval Base
18 Feb 2023
- MK@Huamin
- MK@Yishun
SELATAN
Bukit Merah, Telok Blangah & Farrer Park
11 Feb 2023
- MK@Alexandra
- MK@Blangah Rise
- MK@Farrer Park
TIMUR
Bedok & Marine Parade
18 Feb 2023
- MK@Fengshan
- MK@Temasek
- MK@Tanjong Katong (*rakan kongsi MK@Bendemeer)
Punggol
11 Feb 2023
- MK@Northshore
- MK@Waterway
- MK@Valour
18 Feb 2023
- MK@Greendale
- MK@Horizon
- MK@Punggol Cove
- MK@Punggol Green
- MK@Punggol View
- MK@Oasis
Sengkang
11 Feb 2023
- MK@Fernvale
- MK@North Vista
- MK@Punggol
(*rakan kongsi MK@North Vista)
- MK@Sengkang Green
18 Feb 2023
- MK@Anchor Green
- MK@Fern Green
- MK@Springdale
Tampines & Pasir Ris
11 Feb 2023
- MK@Gongshang
- MK@Tampines Primary
18 Feb 2023
- MK@Angsana
- MK@Casuarina (*rakan kongsi MK@Meridian)
- MK@Junyuan
- MK@Meridian
BARAT
Bukit Batok & Clementi
18 Feb 2023
- MK@Dazhong
- MK@Pei Tong
- MK@Princess Elizabeth
Choa Chu Kang & Bukit Panjang
11 Feb 2023
- MK@Kranji
- MK@South View
(*rakan kongsi MK@Kranji)
- MK@West View
18 Feb 2023
- MK@West Spring
- MK@Zhenghua
Jurong West
11 Feb 2023
- MK@Frontier
- MK@Jurong West
- MK@Shuqun
18 Feb 2023
- MK@Westwood
TENGAH
Ang Mo Kio
11 Feb 2023
- MK@Ang Mo Kio
18 Feb 2023
- MK@Jing Shan
- MK@Mayflower
Toa Payoh & Serangoon
18 Feb 2023
- MK@Cedar
- MK@First Toa Payoh
- MK@Yangzheng (* rakan kongsi MK@First Toa Payoh)
Kallang
18 Feb 2023
- MK@Bendemeer
*Ini adalah MK yang dibuka pada tahun 2024. Memandangkan premis mereka masih belum siap, bakal ibu bapa boleh lawati MK rakan kongsi mereka untuk mengetahui lebih lanjut, atau mana-mana MK yang lain untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MK.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg